Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawai, Penang

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (1)

Since this blogpost will be about Ramadhan Buffet Dinner, KayaButter wish to take this chance to blog this review in Malay language since mostly, Malay readers will be reading this. Hope to hear from you all about this new approach. 🙂

G Hotel Kelawei Spoon Restaurant Ramadhan Buffet Dinner 2015 Promotion Poster

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah berpuasa dalam bulan yang mulia ini kepada pengunjung-pengunjung Muslim blog kami. KayaButter telah dijemput untuk merasa dan mengulas tentang berbuka puasa di restoren Hotel G Kelawai iaitu Spoon. Pandangan pertama tentang restoren dan hotel tersebut memang kelas dan atas sekali! 🙂 G Hotel Kelawai merupakan sister hotel kepada G Hotel yang sekarang dikenali sebagai G Hotel Gurney untuk membezakan mereka berdua. Mengikut inspirasi dan reka bentuk seperti G Hotel yang sememangnya ‘the most stylish hotel’ in Penang, G Hotel Kelawai memang dapat menandingi G Hotel Gurney dari segi ‘keclassannya tetapi KayaButter rasa G Hotel Kelawai lebih kecil sedikit saiznya. Alright, kita hari ini ingin mempersembahkan G Hotel Kelawai punya Ramadhan Buffet Dinner di Spoon Restaurant. Nama restoren yang glamour dan simple.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (2)

Ini merupakan table untuk para bloggers sekalian. Sesuai untuk kegunaan famili yang banyak termasuk nenek, datuk dan cucu-cicit sekalian. 🙂

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (3)

Ini merupakan satu meja segiempat yang sangat besar dan stylo. Sesuai untuk meeting sambil makan antara pengurus-pengurus besar! 🙂

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (4)

Sebelum bermula, kami diperkenalkan chef-chef yang bertanggungjawab dengan makanan-makanan yang sedap oleh PR Director G Hotel iaitu Puan Christina. Beliau merupakan seseorang yang sangat peramah dan friendly, yo! 🙂 Selepas itu, GM G Hotel juga dijemput untuk memberi sepatah dua kata.

Menurut chef-chef, semua hidangan di buffet tersebut tidak menggunakan MSG untuk meningkatkan rasa makanan tersebut. Segalanya menggunakan cara alam semula jadi seperti sekiranya chef ingin menambahkan kemanisan makanan tersebut, maka dia akan menggunakan kemanisan daripada nenas. Selain itu, kamu mungkin akan mendapati bahawa makanan-makanan yang dihidang dalam buffet dinner itu tidak begitu banyak untuk setiap hidangan. Ini adalah kerana chef-chef ingin menyediakan makanan-makanan yang fresh untuk pelanggan tersayangnya. Jadi, setiap hidangan akan terdapat limited makanan sahaja. Namun demikian, pelayan-pelayan adalah sangat penuh perhatian dan sentiasa memenuhkan hidangan yang sudah hampir habis. So, don’t worry! Semangat membuka puasa kamu tidak akan terpotong stim! 😛

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (5)

Membuka puasa di memang kelas sekali sehingga perkakas makanan juga disaluti rose gold. Perasaan menggunakan camca dan garpu juga sangat atas! KayaButter memang suka hotel-hotel yang memandang berat kepada details. 🙂

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (6)

5 Types Of Ulam-Ulaman, Kerabu Taugah, Kerabi Lautan, Telur Masin

Ice Berg Lettuce, Romaince, Red Chicory, Lollo Rossa, Cucumber, Cherry Tomato, Red Cabbage, Carrot, Yong Corn, Cauliflower, Broccoli, Olive, Capes, Gherkin, Sweet Relish

Italian Dressing, French Dressing, Honey Mustard Dressing, Thousand Island Dressing, Cocktail Dressing, Cesear Dressing

Bagi peminat-peminat green food ataupun veggies and salad, di sini terdapat pilihan-pilihan yang standard untuk dinikmati. Who say you can diet while enjoying good food? 😛 Oh ya, kerabu-kerabu tu memang sedap dan menyelerakan tetapi sedikit pedas. Kepedasan tersebut tidak akan terasa semasa kamu makan kerabu tersebut tetapi akan datang selepas kamu habis makan.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (7)

Display Seafood (Prawns, Scallops & Mussel) on Ice

Bahagian inilah yang akan diattack oleh banyak pelanggan dan sentiasa perlu direfill. Ini adalah kerana sashimi dan salmon! 🙂 Terdapat juga udang, kekapis dan siput sudu. Hari itu, Kaya tidak ada mood untuk makan seafood, jadi Kaya tidak dapat ulas tentang makanan di sini.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (8)

3 Types Of Ikan Masin, 4 Type Of Keropok, Air Asam, Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Acar Limau, Nasi Impit With Serunding Ayam & Daging, Sotong Kangkung, Pasembur

Pickled Mango, Pickled Papaya, Pickled Nutmeg, Pickled Ambra, Pickled Salak, Buah Kurma, Dried Pineapple, Dried Guava, Dried Mango, Dried Plum

Ini semua merupakan pembuka selera untuk pelanggan-pelanggan Spoon. Terdapat juga beberapa pilihan untuk keropok. Semua ini Kaya akan menjadi pemangkin kepada selera kawan-kawan Muslim kita yang memang dah bersedia untuk beriftar.

Seterusnya, kita akan beralih kepada ‘Main Course’ acara Jamu Selera oleh G Hotel Kelawai. Di sini, Kaya akan cuma highlight hidangan-hidangan yang dapat menarik minat saya dan merangsang saraf-saraf lidah Kaya. Walaupun ada yang tiada komen, tetapi hidangan-hidangan di sini semuanya baik-baik belaka ataupun seperti yang KayaButter selalu kata, ‘decent’. 🙂

Main Courses

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (9)

Dhalca Mami Tanjung

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (10)

Toufu Goreng Kacang Buncis & Udang

Walaupun tampak ringkas tetapi hidang ini memang sedap. Kerangupan kacang-kacang buncis berserta dengan kemanisan laut daripada udang memang best! 🙂

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (11)

Ayam Masak Kicap Mamak

Ini ialah highlight hidangan Jamu Selera. Ayam ini memang sangat sedap dan mempunyai rasa yang sangat cukup. Daging ayam ini mungkin telah diperap dengan lama dan mempunyai rasa yang cukup untuk menyebabkan kamu datang kali ke-2 dan kali ke-3. Thumbs up!

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (12)

Kari Ikan Tanjung Dawai

Kari Ikan kali ini rasanya baik aje kerana kekurangan suatu ‘kick’ yang biasa Kaya suka dalam kari-kari ikan. Ikan yang disertakan tiada apa-apa kekurangan dan goes well dengan kari tersebut. Namun demikian, kacang bendinya rasanya lebih keras sedikit mengikut kesukaan Kaya. Bagi Kaya, satu kari ikan yang sedap perlu memenuhi 3 kriteria iaitu kari ikan tersebut yang cukup rasa dan ‘kick’, ikan yang segar dan kacang bendi yang lembut dan muda. 🙂

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (13)

Kailan Goreng Ikan Masin

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (14)

Sotong Berempah Kuala Perlis

Bagi peminat sotong, hidangan ini tentu akan menjadi pilihan utama kamu. Potongan-potongan sotong ini memang seronok dijamah dan tidak begitu liat. Ditambah dengan kuah yang berempah, memang ‘oomph’ hidangan ini!

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (15)

Kambing Masala Tanjung Piandang

Daging kambing ini tidak begitu liat dan kuah masala memberi rasa yang agak kuat dan memberangsangkan.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (16)

Ketam Bercili Pulau Langkawi

Disebabkan Butter tidak ikut Kaya untuk review kali ini, maka Kaya rasa malas untuk mengupas cangkerang ketam ini. Namun, daripada pandangan lalu, hidangan ini tampak sedap dan menarik.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (17)

Daging Paprik Padang Besar

Cebisan-cebisan daging ini juga agak menarik kerana lebih senang dikunyah. Walaupun dimasak dengan ala paprik, namun rasa akhirnya lebih kepada manis sedikit. Ini adalah OK untuk Kaya yang sememangnya suka kepada hidangan-hidangan yang manis.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (18)

Kurma Telur Seri Tanjung Pinang

Ini merupakan kali pertama Kaya merasai Kurma Telur. Rasanya unik sedikit dan terdapat rasa manis yang lebih menguasai dalam mulut Kaya. Sedap!

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (19)

Bubur Lambuk Seri G Kelawai

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (20)

Sup Telur Cendawan

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (21)

Sup Ekor Berempah

Disebabkan Kaya akan menduduki salah satu paper untuk peperiksaan akhir USM saya pada keesokan hari, maka Kaya tidak berani untuk mencuba Sup Ekor Berempah dan Bubur Lambuk. Bau dan persembahan hidangan-hidangan tersebut memang very inviting tapi tidak tercuba juga. Jadi, tiada ulasan daripada saya.

Terdapat juga Nasi Putih Panda, Nasi Hujan Panas dan Bihun Goreng Yong Peng yang tidak terdapat dalam gambar-gambar di atas. Hidangan-hidangan ini sangat penting memandangkan banyak rakyat Malaysia yang sangat suka nasi.

Action Stall

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (22)

Banana, Sweet P0tato and Yam Fritter

Pencuci mulut yang memang sesuai untuk mengakhiri buffet dinner yang sedap ini. Manis dan rangup.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (23)

Ayam Bakar & Fish Cake

Ayam ini memang sedap. Kaya memang jenis pemalas dan sangat mengalu-alukan makanan yang telah dipotong kepada bahagian-bahagian yang kecil. Ini memudahkan proses pemakanan kan? 😛 Siapa yang sama seperti Kaya? Sila beritahu dalam komen di bawah. Haha. Fish cake itu memang standard dan tiada apa-apa yang perlu diperjelas lebih. Kedua-dua hidangan ini akan bertambah lazat dengan sos cili ala Thai.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (24)

Roasted Lamb

Daging kambingnya tidak begitu liat dan tidak dipanggang terlalu lebih. Lebih sedap sekiranya dimakan bersama-sama dengan sos lada hitam yang juga diberi. 🙂 Sayuran yang diberi melengkapi the tasting experience of this roasted lamb. 🙂

Terdapat juga Roti Jala with Chicken Curry dan Laksa Kuala Kedah. Laksa Kuala Kedah itu berbeza dengan laksa yang biasa kita makan di Pulau Pinang. Jadi, cuba dengan ekspektasi yang berlainan supaya kamu dapat menghayati hidangan tersebut.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (25)

Cheese Corner

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (26)

Show Kitchen

Char Koay Teow

Mixed Grill (Minute Steak, Lamb Chop, Chicken Chorizo Sausage, Beef Sausage, Lamb Sausage, Chicken Thigh, Prawn, Salmon Fillet, Japanese Saba Fish)

Ini memang the highlight untuk buffet dinner Ramadhan G Kelawai. Kamu dapat merasai pelbagai jenis daging dan makanan laut yang akan disediakan segar oleh chef-chef yang bertugas. Char koay teownya juga sedap dan dapat menandingi gerai-gerai char koay teow.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (27)

Ini merupakan contoh-contoh makanan yang telah disediakan daripada Show Kitchen.

Pencuci Mulut

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (28)

10 Types of Pastry Desserts, Assorted Malay Kuih & Sago Gula Melaka

Peminat coklat tentu akan ghairah melihat melihat Chocolate Fountain ini. Pelanggan akan bertukar menjadi budak-budak kecil dan mencucuk dessert yang mereka suka dan mencelup stick-stick tersebut dalam chocolate fountain itu. Semua pastry desserts memang sedap belaka. Siapa yang tidak suka makanan-makanan manis kan? 🙂 Kaya lebih tertarik dengan Sago Gula Melaka kerana kewangian gula Melaka.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (29)

Bread Pudding

Ini merupakan signature dessert G Hotel. Sekiranya kamu pergi ke G Hotel Gurney untuk buffet dinnernya, kamu pasti terjumpa hidangan ini. Sedap, manis, lembut dan wangi. Kamu boleh makan bersama-sama dengan sos vanilla yang diberi.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (30)

Bubur Pulut Hitam

Ini merupakan salah satu pencuci mulut yang disukai orang ramai. Sekiranya santan ada diberi, maka pencuci mulut ini akan menjadi lengkap.

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (31)

Waffles Corner

Di sini, kamu boleh dapat waffles yang disediakan on-the-spot dengan sajian-sajian dan sos-sos yang kamu suka!

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (32)

6 Types of Fresh Fruits

Jamu Selera, Ramadhan Buffet Dinner @ Spoon, G Hotel Kelawei, Penang (33)

Air Kurma, Air Bandung & Air Kacang Soya

Harga untuk Jamu Selera buffet dinner adalah seperti berikut:

Dewasa RM115
Kanak-Kanak RM58
Warga Emas RM69

*Harga-harga di atas telah termasuk GST 6%. Terma-terma dan syarat-syarat dipakai.

Terima kasih banyak-banyak kepada Christina & Ray kerana menjemput dan kakitangan-kakitangan G Hotel Kelawai untuk perkhidmatan mereka yang mesra. 🙂

contact information

G Hotel Kelawai
2, Persiaran Maktab,
10250 Penang.
Tel No: +604-219 0000
Fax No: +604-219 0101

business hours

Daily from 18th June till 16th July

6:30pm – 10:30pm

1 Response

  1. Adam Roslan says:

    Pergh ini mmg syurga makanan. Sana sini semua makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.